Minggu 8

8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
Tahun : 2

Standard Pembelajaran : 
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.

Tempat pelaksanaan P&P : Makmal Komputer

L1. Guru membawa murid ke makmal komputer supaya murid berpeluang untuk menggunakan komputer sepenuhnya tanpa perlu berkongsi. Guru menjelaskan kepada murid tentang aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut.


L2 : Guru meminta murid untuk mendengar arahan guru dengan teliti dan melakukan seperti yang disuruh. Arahan guru adalah meminta murid untuk membuka laman yang tertera pada skrin layar putih di hadapan. 


Setelah murid berjaya membuka laman ini, guru menerangkan apa yang terdapat pada laman tersebut. Pada laman tersebut, murid akan dapat melihat banyak aktiviti yang memerlukan murid untuk mewarna. Guru meminta murid untuk memilih mana-mana aktiviti yang disukai dan mewarnakan gambar dengan cantik. Sekiranya murid tidak faham, murid boleh mengemukakan soalan kepada guru. 




Murid diberi masa 20 minit untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Semasa murid melakukan tugasan, guru perlu memantau dari meja ke meja untuk memastikan murid ada melakukan tugasan yang diberi dan tidak melayari laman yang lain. 


Setelah menyiapkan aktiviti, guru akan meminta murid untuk bercerita secara ringkas tentang gambar yang telah diwarnakan. Guru boleh menanyakan soalan seperti "Mengapa awak memilih untuk mewarna gambar ini? " kepada murid. Aktiviti bercerita sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan murid untuk bercakap dan mampu menjawab soalan guru dengan baik.